Perintah berkurung di timur Sabah 2014

Perintah berkurung di timur Sabah dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia di luar pantai timur Sabah mulai 16 Julai 2014 berikutan pelbagai kes penculikan dan tembakan di resort perlancongan di sana. Perairan Laut Sulu dan Laut Sulawesi kerap kali diceroboh kerana berkongsi perairan dengan negara Filipina dan Indonesia. Langkah drastik di 4 daerah iaitu Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan diharap dapat mengekang kemasukan anasir jahat seperti penceroboh yang boleh mengancam keselamatan. Perintah berkurung dijangka tamat selepas Hari Raya Aidil Fitri pada 2 Ogos 2014.[1]Tindakan itu hasil mesyuarat keselamatan bersama di Bukit Aman pada 16 Julai 2014.Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (pengerusi), Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurish.